Sunday, November 29, 2015

Kesan Medan Elektrik Bagi Bola Bercas Dalam Suatu Medan Elektrik

Plat logam P dalam rajah di bawah disambungkan ke terminal positif bekalan kuasa VLT. Plat logam Q disambungkan ke terminal negatif VLT.


Sebiji bola ping pong yang bersalut bahan konduktor digantung pada ruang di antara kedua-dua plat logam itu.

Bola itu tidak akan bergerak apabila suis VLT dihidupkan jika ia diletakkan di tengah-tengah plat P dan Q.

Ini adalah kerana daya tarikan yang dikenakan ke atas bola oleh plat P adalah sama dengan daya tarikan yang dikenakan ke atasnya oleh plat Q.

Jika bola ping pong disesarkan untuk menyentuh salah satu daripada plat itu, ia akan berayun berulang-alik di antara kedua-dua plat itu.

Bola itu akan terus bercas positif jika ia menyentuh plat positif P. Oleh kerana cas yang sama menolak, bola itu akan ditolak ke arah plat Q seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Ayunan bola ping pong yang bersalut bahan konduktor 
dalam suatu medan elektrik.

Bola itu akan bercas negatif apabila menyentuh plat negatif Q. Oleh kerana cas yang sama menolak bola itu akan ditolak ke arah plat P seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, menyebabkan bola itu terus berayun tanpa henti antara dua plat itu.

Ayunan bola ping pong yang bersalut bahan konduktor 
dalam suatu medan elektrik.

5 comments: