Tuesday, December 29, 2015

Kajian Tentang Kesan Tekanan Air Kepada Penyelam

Pada kebiasaannya, seseorang penyelam itu tidak menyelam melebihi kedalaman 30 meter.

Ini adalah kerana bagi setiap 10 meter di bawah aras laut seseorang penyelam akan mengalami pertambahan tekanan sebanyak satu atmosfera (1 atmosfera).

Pada kedalaman 30 meter seseorang penyelam akan menghadapi tekanan air sebesar tiga kali ganda, berbanding tekanan atmosfera di permukaan laut.

Tekanan air semakin bertambah jika seseorang penyelam itu meyelam lebih dalam lagi ke dasar laut.

Tekanan air yang tinggi boleh menyebabkan lebihan gas nitrogen melarut ke dalam darah penyelam itu.

Semasa naik ke permukaan air, gelembung udara akan terbentuk di dalam darah menyebabkan kesakitan yang teramat ataupun kematian.

Untuk melindungi lebihan tekanan air, penyelam laut dalam akan memaki baju selam yang terdiri daripada topi keledar getah yang dilengkapi cermin bulat.

Topi ini dibekalkan dengan udara termampat dari silinder yang dibawa di belakang penyelam.

Sebelum penyelam naik ke permukaan air, tekanan pada badannya dikurangkan secara beransur-ansur di dalam ruang penyahmampatan.

Ini adalah penting untuk menyingkirkan gas nitrogen daripada darah dan menghalang gelembung udara terhasil di dalam darah.


1 comment: