Monday, November 9, 2015

Skala Suhu

Suatu skala suhu boleh ditakrifkan dengan suhu boleh diperbaharui yang dikenali sebagai takat tetap (fixed point).

Skala dan unit suhu bagi termometer merkuri-dalam-kaca diperolehi melalui pemilihan dua takat tetap dan bahagikan julat di antaranya kepada sebilangan nombor yang sama bahagian yang dikenali sebagai darjah.


Pada skala Celsius (yang dinamakan sempena nama seorang saintis dari Sweden yang mencadangkannya), takat tetap bawah (lower fixed point) adalah suhu ais tulen yang melebur.

Menentukur termometer merkuri-dalam-kaca 
untuk takat tetap bawah.

Takat tetap atas (upper fixed point) adalah suhu stim di atas air yang mendidih pada tekanan atmosfera 760 mm Hg.

Menentukur termometer merkuri-dalam-kaca 
untuk takat tetap atas.

Takat tetap bawah adalah 0 °C dan takat tetap atas adalah 100 °C.

Takat tetap bawah ditentukan dengan membenamkan bebuli termometer ke dalam ais yang melebur. Kedudukan aras merkuri terendah yang dicapai ditandakan sebagai 0 °C.

Takat tetap atas ditentukan dengan meletakkan bebuli termometer di atas air tulen yang mendidih. Kedudukan aras merkuri tertinggi yang dicapai ditandakan sebagai 100 °C.

Jarak di antara takat tetap bawah dan takat tetap atas kemudiannya dibahagikan kepada 100 bahagian yang sama dimana setiap bahagian adalah sama dengan satu darjah Celsius.

Takat tetap (fixed point).

No comments:

Post a Comment