Sunday, October 25, 2015

Simbol Nuklid

Nukleus suatu atom dengan bilangan proton dan neutron tertentu disebut nuklid.

Suatu nuklid dirujuk dengan bilangan nukleon, contohnya, litium-6 dan karbon-12.

Setiap jenis atom mempunyai simbol. Contohnya, H ialah simbol bagi atom hidrogen, He untuk atom helium dan Li untuk atom litium.


Jika atom unsur X mempunyai nombor nukleon A dan nombor proton Z, nuklidnya diwakili oleh simbol berikut.

Simbol nuklid.
X = unsur
A = nombor nukleon
Z = nombor proton

Senarai beberapa unsur disusun mengikut peningkatan bilangan proton ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.


Proton, neutron dan elektron juga boleh diwakili dengan simbol nuklid.

Jadual di bawah menunjukkan simbol untuk proton, neutron dan elektron serta beberapa sifatnya.


No comments:

Post a Comment