Dalam medium seragam seperti udara, air atau kaca, cahaya bergerak dalam garis lurus. Sifat cahaya ini dinamakan perambatan linear cahaya.
Perambatan linear cahaya menyebabkan pembentukan bayang yang tajam dan gerhana disebabkan oleh objek legap yang diletakkan dalam lintasan alur cahaya.
Sinar cahaya ialah arah atau lintasan yang dilalui oleh tenaga cahaya. Dalam gambar rajah, sinar cahaya diwakili oleh garis lurus dengan anak panah.
Sekumpulan sinar-sinar cahaya dipanggil alur. Alur cahaya adalah mungkin:
- selari.
- menumpu.
- mencapah.
Alur selari.
Alur menumpu.
Alur mencapah.
Apabila sinar cahaya kena pada permukaan sesuatu objek, sinar cahaya itu akan:
- dipantulkan oleh permukaan licin atau kasar.
- boleh merambat melalui objek lutsinar.
- diserap oleh objek legap.
I really impressed with your work.
ReplyDeleteMay ALLAH bless you always.