Setiap atom terdiri daripada nukleus (nucleus) yang dikelilingi oleh zarah-zarah bercas negatif yang dipanggil elektron, e (electron,e).
Nukleus terdiri daripada zarah-zarah yang dipanggil proton (p) dan neutron (n).
Proton adalah bercas positif, manakala neutron adalah tidak bercas.
Jisim satu proton adalah kira-kira 1 840 kali lebih besar daripada jisim elektron.
Jisim neutron adalah sama dengan jisim proton.
Semua atom kecuali atom hidrogen, mempunyai neutron di dalam nukleusnya.
Atom yang paling ringkas dan ringan di Bumi ialah atom hidrogen.
- Nukleus atom hidrogen terdiri daripada satu proton dengan satu elektron yang mengorbit mengelilinginya.
Atom yang kedua ringan ialah atom helium.
- Nukleus atom helium mempunyai dua proton dan dua neutron dengan dua elektron yang mengorbit mengelilinginya.
No comments:
Post a Comment