Friday, March 29, 2013

Pancaran Termion


Permukaan sesuatu logam mempunyai banyak elektron-elektron bebas. Walau bagaimanapun, elektron-elektron ini terikat pada permukaan logam tersebut kerana tidak mempunyai tenaga kinetik yang mencukupi untuk membebaskan diri, dan juga daya tarikan nukleus atom.

Apabila filamen tungsten (tungsten filament) dipanaskan pada suhu sekitar 2500 K, elektron-elektron mula dipancarkan (emitted).


Ini adalah kerana beberapa elektron telah mendapat tenaga kinetik yang mencukupi bagi membebaskan diri dari permukaan logam dan terbebas ke persekitaran.

Kesan ini dikenali sebagai pancaran termion (thermionic emission), iaitu suatu proses yang melibatkan pelepasan elektron dari permukaan logam panas (hot metal surface).

Pancaran termion adalah mirip (analogous) kepada proses penyejatan air (evaporation of water), iaitu pengewapan molekul-molekul cecair yang dipanaskan.

Kadar pancaran termion boleh ditingkatkan dengan;
  1. Menaikkan suhu logam (filamen).
  2. Menambahkan luas permukaan logam.
  3. Menyalut katod logam dengan oksida bumi beralkali (barium dan strontium).

No comments:

Post a Comment