Monday, April 25, 2016

Pantulan Cahaya

Pantulan cahaya berlaku apabila sinar cahaya kena pada suatu permukaan dan dipantulkan oleh permukaan tersebut.

Cahaya yang kena pada keadaan permukaan yang berlainan akan dipantulkan secara berbeza.

Pantulan sekata adalah pantulan cahaya selari dalam arah tertentu daripada permukaan licin contohnya cermin satah.

Pantulan sekata.

Pantulan berselerak adalah pantulan cahaya selari pada semua arah daripada permukaan kasar.

Pantulan berselerak.

Imej yang jelas akan dibentuk oleh pantulan sekata tetapi imej yang tidak jelas akan dibentuk oleh pantulan berselerak.

Dalam rajah di bawah, sekeping cermin satah diletakkan secara ufuk pada papan satah dan satu sinar cahaya AN dari suatu sumber cahaya ditujukan pada satu sudut tuju, i, cermin itu. Sinar pantulan NB didapati merambat menjauhi cermin itu pada sudut r.

Pantulan cahaya.
  • AN dikenali sebagai sinar tuju.
  • NB dikenali sebagai sinar pantulan.
  • CN dipanggil normal atau garis yang berserenjang dengan cermin itu di titik tuju N.
Suatu sinar cahaya yang merambat di sepanjang normal akan dipantul balik di sepanjang normalnya.

Sudut antara sinar tuju dengan garis normal adalah sudut tuju, i.

Sudut antara sinar pantulan dengan garis normal adalah sudut pantulan, r.


Hukum Pantulan
  • Hukum (1)  Sinar tuju, normal dan sinar pantulan pada titik tuju kesemuanya berada dalam satah yang sama.

  • Hukum (2) – Sudut tuju, i, adalah sama dengan sudut pantulan, r.

1 comment:

  1. Skybet Casino | A Member of The Malta Gaming Authority
    Skybet Casino offers where to buy air jordan 18 retro yellow a air jordan 18 retro toro mens sneakers good site unique gaming experience and the potential for a long-term profit. Sign up for our new sportsbook 1xbet app offer and where to find air jordan 18 retro racer blue receive a welcome where to order air jordan 18 retro red suede

    ReplyDelete