Thursday, July 9, 2015

Termometer Cecair-dalam-kaca

Termometer cecair-dalam-kaca (liquid in glass thermometer) berfungsi mengikut prinsip dimana cecair mengembang apabila suhu meningkat.

Cecair yang digunakan dalam satu termometer mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Mudah dilihat.
  • Mengembang (atau mengecut) dengan cepat pada sebarang suhu.
  • Tidak melekat pada dinding tiub kapilari.

Cecair yang paling biasa digunakan dalam pembinaan termometer cecair-dalam-kaca adalah merkuri (mercury) atau alkohol berwarna.

Termometer merkuri-dalam-kaca.

Berikut adalah kelebihan merkuri sebagai cecair termometri:
  • Merkuri tidak melekat pada dinding kaca.
  • Merkuri tidak mengewap.
  • Merkuri adalah legap dan mudah dilihat.
  • Merkuri adalah konduktor haba yang baik.
  • Merkuri mempunyai takat didih yang tinggi secara relatif iaitu 375°C.

Kelemahan termometer merkuri-dalam-kaca adalah ia tidak dapat mengukur suhu yang amat rendah kerana takat beku merkuri adalah −39°C.

Termometer alkohol-dalam-kaca.

Kebaikan alkohol sebagai cecair termometrik adalah ia mempunyai takat beku yang rendah, iaitu −115°C. Termometer alkohol-dalam-kaca lebih sesuai digunakan di tempat dimana suhu musim dingin boleh jatuh sehingga −40°C.

Berikut adalah kelemahan termometer alkohol-dalam-kaca:
  • Alkohol cenderung untuk melekat pada dinding tiub termometer. Ini menyebabkan bacaan yang rendah apabila suhu jatuh dengan mendadak.
  • Alkohol mudah mengewap dan berada di atas tiub termometer.
  • Alkohol bersifat lutsinar dan mesti diwarnakan.
  • Alkohol mempunyai takat didih yang rendah, iaitu 78°C.

Kepekaan termometer cecair-dalam-kaca boleh ditingkatkan dengan:
  • Menggunakan bebuli kaca yang berdinding nipis
  • Mengecilkan diameter tiub kapilari.
  • Mengecilkan saiz bebulinya.

2 comments:

  1. aslm ckgu,nk tnya kenapa batang kaca termometer bentuk dia bulat

    ReplyDelete
  2. Kenapa diameter tiub kapilari kecil?

    ReplyDelete