Wednesday, March 11, 2015

Aplikasi Tekanan Dalam Kehidupan Harian

Tekanan yang tinggi dan tekanan yang rendah boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

Magnitud tekanan yang dikenakan ke atas sesuatu permukaan boleh ditingkatkan dengan
  • menggunakan daya yang lebih besar, atau
  • mengurangkan luas permukaan sentuhan.
Sebaliknya, magnitud tekanan boleh dikurangkan dengan menggunakan daya yang lebih kecil atau meningkatkan luas permukaan sentuhan.


Aplikasi Tekanan Tinggi

Sebilah pisau yang tajam boleh digunakan untuk memotong sesuatu objek dengan mudah. Ini adalah kerana daya yang kecil dikenakan ke atas luas yang sangat kecil pada mata pisau boleh menghasilkan tekanan yang tinggi untuk memotong objek.

Begitu juga dengan gergaji, pahat dan pengetam yang mempunyai mata pisau yang tajam untuk menghasilkan tekanan yang tinggi untuk memotong. Paku, peniti dan jarum juga mempunyai hujung yang tajam untuk menghasilkan tekanan yang tinggi untuk menembusi sesuatu objek dengan mudah.

Kasut larian berpaku boleh memberi cengkaman yang lebih baik pada ahli sukan di trek kerana kasut-kasut ini mempunyai paku yang menghasilkan tekanan tinggi untuk mencucuk trek itu.

Kasut peluncur ais direka untuk mempunyai luas bersentuhan yang kecil di antara kasut luncur dan ais. Semasa menggelongsor, berat peluncur mengenakan tekanan yang tinggi ke atas ais untuk meleburkan ais, dengan demikian, dia dapat meluncur dengan mudah di atas satu lapisan air yang nipis.


Aplikasi Tekanan Rendah

Jentolak selalunya bergerak dengan roda berantai yang bermata tajam di antara permukaan kawasan besar untuk mengurangkan tekanan yang dikenakan pada tanah. Dengan itu, rantai tersebut boleh mengelakkan jentolak daripada terbenam ke dalam tanah lembut.

Lori dan bas yang berat mempunyai lebih daripada empat buah roda yang besar untuk mengurangkan tekanan pada tayar. Ini boleh mengelakkan tayar daripada pecah atau terbenam ke dalam tanah lembut akibat daripada tekanan yang berlebihan yang bertindak ke atasnya.

Papan luncur direka dengan mempunyai luas permukaan tapak yang besar untuk mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas salji. Ini membolehkan peluncur bergerak dengan mudah dan mengelok daripada tenggelam dalam salji.

Bangunan yang tinggi biasanya dibina di atas suatu permukaan tapak yang luas untuk mengurangkan tekanan dan mengelakkan bangunan daripada tenggelam ke dalam tanah.


Contoh 1

Seorang penjual buah-buahan menggunakan sebilah pisau dengan mata yang tajam dan luas keratan rentas 0.5 cm2 untuk memotong sebiji tembikai.

a) Jika daya yang dikenakan oleh tangan penjual itu ialah 18 N, berapakah tekanan yang dihasilkan oleh pisau ke atas tembikai?

b) Kemudian penjual itu menggunakan pisau yang sama untuk memotong buah betik dengan mengenakan tekanan sebanyak 2 x 105 Pa. Hitungkan nilai daya yang digunakan untuk memotong betik tersebut.

Penyelesaian:




Contoh 2


Sebuah bongkah kaca berjisim 420 g dan ketinggiannya adalah 7 cm ditunjukkan pada rajah di atas. Bongkah kaca itu diletakkan di atas permukaan yang berbeza bersentuh dengan meja. Hitungkan,

a) Tekanan maksimum yang boleh dikenakan ke atas permukaan meja itu.

b) Tekanan minimum yang boleh dikenakan ke atas permukaan meja itu.

Penyelesaian:


1 comment:

  1. Tq very much for the information given 😊😊😇😇🥰🥰💙💙🥰🥰

    ReplyDelete