Monday, June 22, 2015

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Elektromagnet

Suatu elektromagnet mempunyai teras besi lembut yang dimagnetkan hanya apabila arus elektrik mengalir melalui gegelung dawai.

Teras sebuah elektromagnet diperbuat daripada besi lembut kerana besi lembut mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan apabila arus dihidupkan dan dimatikan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan suatu elektromagnet ialah:
  • Arus dalam gegelung dawai.
  • Bilangan lilitan gegelung dawai.
  • Jarak di antara kutub.

Kekuatan suatu elektromagnet bertambah jika:
  • Arus dalam gegelung dawai bertambah.
  • Bilangan lilitan gegelung dawai bertambah.
  • Kutub-kutub berdekatan satu sama lain.

Jarak di antara kutub-kutub suatu elektromagnet boleh diminimakan dengan menggunakan teras berbentuk U, seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Perhatikan bahawa gegelung dawai dililitkan di hujung teras masing-masing pada arah bertentangan.

Teras besi lembut berbentuk-U


Kesan suatu teras besi

Apabila gegelung dawai sebuah elektromagnet dililitkan mengelilingi satu teras besi, kekuatan medan elektromagnet adalah jauh lebih tinggi daripada gegelung dawai yang sama tanpa teras besi. Ini adalah kerana atom-atom dalam teras besi menyusun dalam arah yang sama untuk menguatkan kesan magnet.

2 comments:

  1. ckg sy tanya..kutub magnet pada hujung teras besi tu sama ke????

    ReplyDelete
  2. Panjang gegelung tak mempengaruhi ke cg?

    ReplyDelete