Wednesday, January 2, 2013

Tekanan


Tekanan (pressure) ditakrifkan sebagai daya berserenjang (perpendicular) atau normal per unit luas (unit area) yang bertindak ke atas suatu permukaan.

dimana;
F = Daya berserenjang yang bertindak ke atas, dalam unit Newton (N)
A = Luas permukaan, dalam unit meter persegi (m2)

Unit SI bagi tekanan adalah pascal (Pa) atau newton per meter persegi (Nm-2).


Ia adalah bersamaan dengan daya 1 newton yang bertindak ke atas luas permukaan seluas 1 meter persegi.

Tekanan yang dikenakan oleh daya ke atas suatu permukaan adalah bergantung kepada daya yang dikenakan serta luas permukaan.

Tekanan yang tinggi dan tekanan yang rendah digunakan dalam pelbagai situasi.

Magnitud tekanan yang dikenakan ke atas sesuatu permukaan boleh ditingkatkan dengan menggunakan daya yang lebih besar, atau mengurangkan luas permukaan yang bersentuh.

Sebaliknya, magnitud tekanan boleh dikurangkan dengan menggunakan daya yang lebih kecil, atau meningkatkan luas permukaan yang bersentuh.

Sebagai contoh, tapak kasut tumit tinggi (high-heeled) adalah kecil, menyebabkan tekanan yang bertindak ke atas tanah adalah lebih tinggi, manakala tapak kasut sukan yang rata adalah besar, menyebabkan tekanan yang bertindak ke atas tanah adalah lebih rendah.


Contoh tekanan yang bertindak dari
dua jenis tapak kasut yang berbeza.

Tekanan ke atas permukaan juga bergantung kepada arah daya yang dikenakan.

Jika daya bertindak pada sebarang sudut ke atas suatu permukaan, hanya komponen daya yang berserenjang dengan permukaan sahaja yang digunakan untuk menentukan tekanan.

No comments:

Post a Comment