Thursday, December 20, 2012

Gerakan Linear


Gerakan linear adalah gerakan dalam satu garis lurus (motion in a straight line).

Contoh gerakan linear (linear motion):
  • Seseorang yang sedang dibawa menaiki tangga bergerak/eskalator (escalator).
  • Seorang atlit berlari dalam perlumbaan '100 meter'.

Contoh gerakan bukan linear (non-linear motion):
  • Gasing yang berputar (spinning).
  • Pergerakan Bumi mengelilingi matahari.

Kajian gerakan objek tanpa melibatkan daya yang bertindak ke atasnya dipanggil kinematik (kinematics).

Kajian gerakan dan daya yang bertindak pada sesuatu objek dipanggil dinamik (dynamics).

Kuantiti fizik yang terlibat dalam gerakan adalah jarak (distance), sesaran (displacement), laju (speed), halaju (velocity), masa (time) dan pecutan (acceleration).

Pelari pecut 100 m sedang berlari adalah satu contoh gerakan linear.

5 comments:

  1. Sy rasa tak cukup laa..bleh tak wat lebih trperinci?..

    ReplyDelete
  2. subtitle yg lain yg ade di bab 2 x ade ke...

    ReplyDelete
  3. saya ada soalan !

    A student roller skating along a straight path after giving himself a good push.

    His velocity deacreases from 5.0 meter sesaat as he moves through a distance of 16.0 m.
    What is hus decelaration in ms -2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar saya cuba
      Halaju : 5 m/s Sesaran : 16m Masa :?

      Kira masa
      halaju : sesaran/masa
      masa: sesaran/halaju
      masa: 16m/5m/s
      masa: 3.2 s

      Kira nyahpecutan
      m/s/s: 5m/s/3.2s
      m/s/s: 1.5625 m/s2

      Cikgu betul ke cara jawab ni ?
      Tolong semak jawapan saya.

      Delete