Thursday, December 22, 2011

Bidang Kajian Dalam Fizik

Secara umumnya, bidang fizik adalah berkenaan dengan kajian tenaga (energy) dan jirim (matter).

Bidang pengajian dalam fizik adalah terbahagi kepada fizik (klasik) dan fizik moden.

Fizik (klasik) mengkhusus kepada persoalan-persoalan berkenaan pergerakan dan tenaga (motion and energy). Ia meliputi lima bidang kajian penting iaitu, mekanik (daya dan pergerakan), haba (heat), bunyi (sound), elektrik dan kemagnetan (electricity and magnetism), dan cahaya (light).

Fizik moden pula lebih menumpukan kepada kepercayaan saintifik (scientific beliefs) tentang struktur asas bahan. Bidang kajian utamanya adalah termasuk fizik atom (atomic), fizik molekul dan elektron (molecule and electron), fizik nuklear (nuclear), fizik zarah (particle), relativiti (relativity), asal-usul alam semesta, dan astrofizik (astrophysics).

Penyelidikan dalam fizik moden adalah melibatkan pemerhatian terhadap sekecil-kecil zarah seperti proton dan neutron dalam atom, sehinggalah kepada objek besar seperti bintang dan planet di alam semesta.


No comments:

Post a Comment