Tuesday, January 17, 2012

Kuantiti Asas

Fizik adalah sains yang melibatkan pengukuran yang tepat.

Pengukuran (measurement) ialah proses menentukan nilai kuantiti yang menggunakan peralatan saintifik dengan skala piawai (standard).

Kuantiti yang boleh diukur dipanggil kuantiti fizik (physical quantity).

Contoh-contoh kuantiti fizik adalah seperti suhu bilik, isipadu air, kelajuan kereta, tekanan gas, berat badan seseorang, dan sebagainya.

Kuantiti fizik dikategorikan kepada kuantiti asas (base quantities) dan kuantiti terbitan (derived quantities).

Kuantiti asas adalah kuantiti fizik yang tidak boleh ditakrifkan oleh kuantiti fizik yang lain.

Setiap kuantiti fizik dinyatakan sebagai nilai berangka dalam unit pengukuran tertentu. Sebagai contoh:

Panjang pembaris meter = 100 cm
dimana,
Panjang adalah kuantiti fizik.
100 adalah nilai berangka.
cm adalah unit pengukuran.

Suatu unit, dalam pengukuran, adalah kuantiti yang diterima pakai sebagai piawai (standard) oleh mana-mana kuantiti yang lain, daripada jenis yang sama diukur.

Terdapat banyak unit yang berbeza. Suatu kuantiti yang tertentu boleh ditulis dalam unit-unit yang berbeza berdasarkan latar belakang budaya masyarakat setempat. Sebagai contoh:
  • Jisim: gram, kilogram, tonnes, pound, ounces.
  • Panjang: inches, feet, miles, metres.
  • Masa: seconds, minutes, hari, jam, bulan.
Tetapi dalam kerja-kerja saintifik, adalah lebih mudah jika semua orang menggunakan sistem unit yang sama.

Satu persidangan 'The 11th General Conference of Weights and Measures' yang diadakan di Paris pada 1960, telah mengguna pakai Unit Sistem Antarabangsa (International Systems of units, SI) sebagai suatu sistem yang lebih praktikal yang disyorkan bagi sesuatu unit pengukuran.

SI mentakrifkan tujuh unit asas, iaitu: meter, kilogram, saat, kelvin, ampere, mol dan candela.

Jadual dibawah menunjukkan lima kuantiti asas yang penting dan unit SI yang sepadan.


Unit asas (base unit) pengukuran adalah tidak tertakrif oleh unit-unit lain tetapi ianya mempunyai definisi piawaian yang tersendiri.

Friday, January 6, 2012

Gerakan Gelombang

Dalam rajah dibawah, didapati seorang budak sedang berbuai ke hadapan dan ke belakang di atas sebuah buaian. Jenis gerakan ini dikenali sebagai ayunan (oscillation).


Suatu gerakan yang berayun (oscillating) atau bergetar (vibrating) di mana suatu titik atau jasad bergerak ke hadapan dan ke belakang di sepanjang suatu garis yang bertitik pusat tetap (fixed central point), adalah menghasilkan gelombang (waves).

Sistem ayunan atau getaran, bertindak sebagai sumber gelombang yang memindahkan tenaga dari satu titik ke titik yang lain (tanpa melibatkan sebarang pemindahan jisim).

Contoh-contoh gelombang:
  1. Gelombang cahaya (light waves) dihasilkan akibat getaran elektron dalam atom.
  2. Gelombang bunyi (sound waves) dihasilkan oleh getaran jasad mekanikal seperti tali gitar.
  3. Gelombang air yang dihasilkan oleh gangguan (atau getaran) pada permukaan air yang tenang.


Perjalanan / perambatan (propagation) gelombang

Apabila suatu gelombang itu bergerak melalui medium, zarah-zarah medium tersebut akan bergetar dari kedudukan keseimbangan (equilibrium position) mereka.

Walau bagaimanapun, zarah-zarah medium tersebut tidak bergerak mengikut arah gelombang itu.

Gelombang memindahkan tenaga dan momentum dari sumber gelombang (ayunan atau getaran) kepada persekitaran.

Nota Fizik Tingkatan 5


Bab 1 - Gelombang (Waves)